Monday 23 April 2012

JOB VACANCY ( 2 POSITIONS)

TECHNICAL & CUSTOMER SUPPORT
FOR THIS MALE INTERESTED, KINDLY SUBMIT YOUR RESUME NOW


Monday 26 March 2012

Program Kebolehpasaran : Kluster Sandaran Industri

Kluster Sandaran Industri (Apprentices Programme) : INSTRUCTOR RENANG

Program ini dijalankan selama 3 bulan di syarikat/industri yang terpilih. 

Objektif :

Melahirkan jurulatih renang profesional dan berkemahiran dalam mengajar kaedah dan teknik renangan yang bersistematik disamping meningkatkan peluang graduan untuk mendapatkan perkerjaan di pasaran yang kompetitif.

Kelebihan Program :

1. Pentauliahan

Setiap graduan yang mengikuti program ini akan ditauliahkan Sijil Gangsa (Bronze Medal) dan Sijil Pemulihan Nafas (CPR) bagi melayakkan graduan menjadi Instructor Renang Profesional

2. Attachment ke Industri

Setiap graduan yang mengikuti program ini juga diserap penuh ke organisasi mengikut pencapaian, prestasi dan displin kerja yang dinilai oleh bakal majikan.

3. Peluang Membuka Perniagaan Sendiri

Selain syarikat menjanjikan peluang pekerjaan, graduan yang memiliki Sijil Gangsa (Bronze Medal) dan Sijil
Pemulihan Nafas (CPR) berpeluang menjadi usahawan dan menjalankan perniagaan sendiri.

* Ini hanya salah satu contoh program yang dijalankan dibawah Kluster : Sandaran Industri. Syarikat/industri yang terpilih mengendalikan latihan pada para pelajar wajib menyediakan pekerjaan pada pelajar apabila pelajar menamatkan latihan. Details penerangan berkenaan Kluster : Sandaran Industri boleh merujuk kepada post sy sebelum ini. Harap info yang sedikit sebanyak dapat membantu.

http://wydyawatienawi.blogspot.com/2012/03/kluster-program-kebolehpasaran.html

Wednesday 21 March 2012

Program SAY 1M

Program Strategik untuk Belia  : Strategic Action for Youth

Program ini terbuka kepada Belia 1 Malaysia (15 - 40 tahun) untuk menyertai kursus-kursus yang di anjurkan oleh Kolej Komuniti di bawah Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat. 

Usaha kolej komuniti adalah untuk melengkapkan belia di Malaysia dengan nilai tambah supaya lebih marketable dan employable dengan memberi latihan dan kemahiran bagi mendapatkan sijil yang diiktiraf oleh badan-badan profesional dalam bidang-bidang berkaitan bagi memudahkan belia menambah pendapatan dan mendapat pekerjaan.

TUJUAN

a. Memudahkan belia mendapat pekerjaan atau membuka perniagaan / bekerja sendiri
b. Menyediakan belia dengan memiliki sijil kemahiran khas / persijilan profesional 
c. Memberi peluang kepada belia untuk mendapat pekerjaan
d. Melahirkan belia yang memenuhi kehendak industri
e. Meningkatkan penglibatan syarikat melatih dan menempatkan pekerja

Konsep program ini menyamai Program Kebolehpasaran Graduan Kolej Komuniti yang menjurus kepada pelajar sepenuh masa. Cuma program ini lebih meluas dengan mensasarkan belia yang sudah bekerja, tidak bekerja, tidak dapat menamatkan persekolahan atau tercicir.

Yang menariknya yuran untuk semua latihan/kemahiran beserta sijil tauliahan yang diberikan adalah PERCUMA. 

FOKUS SAY 1 M

1. Melibatkan belia berumur 15-40 tahun
2. Sektor Industri Berimpak Tinggi di dalam NKEA
3. Berdasarkan persijilan profesional yabg dapat membantu meningkatkan peluang kerjaya
4. Melibatkan train and place atau on job training di GLC/syarikat/agensi
    (Kolaborasi dari segi persijilan/expertise/peralatan/tempat/pekerjaan)
5. Menggunakan Industry Driven Modules
6. Berdasarkan bidang pekerjaan yang menjanjikan gaji lumayan bagi separa mahir

OUTCOME

SIJIL KEMAHIRAN KHAS/PROFESIONAL/PENGIKTIRAFAN DAN MENDAPAT PEKERJAAN ATAU MEMBUKA PERNIAGAAN/BEKERJA SENDIRI

SYARIKAT/FIRMA


Syarikat / firma yang telah dikenalpasti untuk latihan dan bersetuju dengan salah satu outcome perlu ada surat persetujuan atau kerjasama dengan syarikat.

Syarikat perlu memenuhi syarat-syarat berikut :

1. Syarikat berdaftar dengan SSM dan Kewangan (MOF)
2. Latihan di syarikat ada modul
3. Surat kerjasama
4. Tertakluk kepada pekeliling kewangan dan perbendaharaan terkini

Program Kebolehpasaran : Kluster 3P

Kluster Program Pentauliahan Profesional (3P) : Program Pentauliahan Pemandu Pelancong Bandar Berlesen (Blue Badge)

Kolej Komuniti Hulu Selangor menawarkan SMK Pemanduan Pelancongan Bandar di bawah Program Pengendalian Pelancongan. Setiap pelajar yang mengikuti kursus ini digalakkan untuk terus menduduki Peperiksaan Profesional anjuran Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pelancongan untuk membolehkan mereka mendapat lesen sebagai Pemandu Pelancong. 

Syarat-syarat permohonan Pemandu Pelancong Bandar Berlesen (Blue Badge) :

Sekurang-kurangnya enam (6) mata pelajaran yang lulus di dalam sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Pelajar perlu melalui dua (2) proses penilaian iaitu :

1. Penilaian Portfolio oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia bagi memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) Tahap 3
2. Peperiksaan Profesional anjuran Kementerian Pelancongan yang dilaksanakan tiga (3) setahun iaitu pada bulan April, Ogos dan Disember.

Pelajar yang berjaya dalam Peperiksaan Profesional ini akan layak untuk mendapatkan Lesen Pemandu Pelancong Bandar (Blue Badge) dan boleh memulakan kerjaya sebagai Pemandu Pelancong Bandar Berlesen seterusnya dapat menjalankan kerja sebagai pemandu pelancong dan memperolehi pendapatan melaluinya.

*boleh merujuk post sy yg lepas untuk mengetahui detail penerangan berkenaan Kluster Program Kebolehpasaran : 3P
http://wydyawatienawi.blogspot.com/2012/03/kluster-program-kebolehpasaran.html

PERCALONAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA 2012


PENCALONAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA 2012

SYARAT PERMOHONAN

1. Calon mestilah warganegara Malaysia
2. Berumur dari 15 hingga 40 tahun pada 15 Mei tahun penganugerahan.
3. Pemohon wajib mengemukakan perkara-perkara berikut :
- Borang pencalonan KBS:ABN 11
- Resume
- Kad pengenalan / Sijil Pendaftaran
- Sijil / Dokumen pencapaian
- Surat akuan / gambar / dokumen / sokongan
- Laporan ringkas pencapaian
- Lain-lain dokumen / sijil yang boleh menyokong pencalonan anda.
4. Permohonan hantar ke alamat :

Urusetia, Anugerah Perdana Belia Negara 2012,
Aras 11, Menara KBS, Presint 4,
62570 Putrajaya.

5. Tarikh tutup pada 9 April 2012
6. Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-88713287/3338
www.kbs.gov.my

Monday 19 March 2012

Kluster Program Kebolehpasaran


A.        Program Pentauliahan Professional (3P)

Program 3P bertujuan mengurangkan jurang pengetahuan antara teknologi dan kemahiran terkini yang diperlukan oleh industri. Memberikan nilai tambah dan peluang untuk pelajar mendapat akreditasi profesional (vendor certification) dalam bidang  yang berkaitan

Program Pentauliahan Profesional di mana para pelajar yang sedang belajar boleh mengikuti program ini bagi mendapatkan sijil yang diiktiraf oleh badan-badan bertauliah dan profesional dalam bidang-bidang yang berkaitan. Program-program ini mempunyai modul yang spesifik dan memberi nilai tambah yang tinggi kepada graduan.

B.        Sandaran di Indusri

1.      Apprenticeship Programme 

Program yang  melibatkan graduan Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang bakal dan baru menamatkan pengajian. Program ini memberi penekanan kepada latihan yang menjurus kepada peningkatan kemampuan graduan untuk merebut peluang pekerjaan di high end industries. Mereka yang mengikuti program ini akan diberi latihan selama 2 hingga 6 bulan bergantung kepada jenis program yang disertai. Selepas tamat latihan, para peserta yang mengikuti program ini akan ditawarkan pekerjaan di syarikat-syarikat yang menyediakan latihan tersebut. 

2.      Bridging Gap Programme

Program ini adalah untuk menyediakan latihan bagi melengkapkan pengetahuan dan kemahiran graduan mengikut  keperluan majikan. Modul latihan yang disediakan adalah dinamik dan fleksibel mengikut keperluan majikan. Majikan yang terpilih adalah mereka yang mempunyai reputasi yang baik (Multi National Company, GLC, Public listed companies, SME yang dapat menjana ekonomi baru)  serta memerlukan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi. Di akhir program, graduan akan ditawarkan pekerjaan di syarikat-syarikat yang terpilih.

C.        Karnival Kerjaya (Career / Job  Fest)

Penganjuran karnival kerjaya dilihat sebagai salah satu aktiviti dalam usaha menangani isu-isu nasional berkaitan pasaran kerja untuk para graduan serta mempromosikan nilai keusahawanan di kalangan graduan. Karnival kerjaya  juga bertindak sebagai salah satu saluran bagi mengintegrasikan kerjasama di antara agensi kerajaan dan pelbagai sektor industri dalam menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi dan memenuhi piawaian bagi kumpulan sasaran iaitu graduan lepasan IPT.

D.        Finishing School

Program ini untuk memberi pendedahan dan persiapan awal kepada bakal graduan menguasai bahasa ketiga sebelum mereka memasuki alam pekerjaan sebenar. Antara kandungan program ini termasuklah personal grooming, English proficiency, soft skills, resume writing, interview skills dan sebagainya.

E.         Program Mobility Luar Negara / Industrial Enternship

Enternship atau Latihan Industri merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi untuk mengikuti latihan praktikal dalam industri yang terpilih di luar negara, dalam jangka masa yang ditetapkan. Pelajar mendapat pengalaman sandaran bekerja diindustri tersohor di Luar Negara. Pelajar dijamin pekerjaan setelah menamatkan program dan pelajar juga berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma & Ijazah di university luar Negara.

Maklumat : Program Kebolehpasaran Graduan

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah menjadikan kebolehpasaran graduan sebagai agenda kritikal dan ianya merupakan Key Result Area (KRA) kementerian

Pengenalan

Program Kebolehpasaran Graduan adalah merupakan satu program di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi yang perlu dilaksanakan dan dipantau dengan sistematik dan efektif. Program ini merupakan program untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan dan melengkapkan siswazah dengan nilai tambah supaya lebih marketable dan employable di pasaran tempatan mahupun antarabangsa, sekaligus mengurangkan masalah pengangguran di kalangan graduan kolej komuniti.

Objektif Program Kebolehpasaran Graduan

Objektif Program Kebolehpasaran Graduan adalah untuk membolehkan pelajar :-
a.Memberi peluang kepada pelajar/graduan untuk mendapat persijilan/pentauliahan dari badan antarabangsa/tempatan sekaligus meningkatkan marketability & employability
b.Memberi peluang kepada graduan untuk mendapat pekerjaan
c.Melahirkan graduan yang memenuhi kehendak pasaran
d.Melatih bakal graduan memulakan perniagaan sebagai usahawan dan mewujubkan peluang pekerjaan
e.Meningkatkan penglibatan syarikat melatih dan menempatkan pekerja
f.Meningkatkan kebolehpasaran graduan

Unit Hubungan Industri, Pengesanan Graduan dan Alumni Kolej Komuniti bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengurus dan memastikan semua prosedur yang berkaitan dengan Program Kebolehpasaran Graduan berjalan dengan baik dan sempurna. Ini termasuklah hal-hal berhubung mengenalpasti program/latihan, pelajar dan syarikat yang bersesuaian untuk dijalankan dalam Program Kebolehpasaran Graduan ini.