Monday 19 March 2012

Kluster Program Kebolehpasaran


A.        Program Pentauliahan Professional (3P)

Program 3P bertujuan mengurangkan jurang pengetahuan antara teknologi dan kemahiran terkini yang diperlukan oleh industri. Memberikan nilai tambah dan peluang untuk pelajar mendapat akreditasi profesional (vendor certification) dalam bidang  yang berkaitan

Program Pentauliahan Profesional di mana para pelajar yang sedang belajar boleh mengikuti program ini bagi mendapatkan sijil yang diiktiraf oleh badan-badan bertauliah dan profesional dalam bidang-bidang yang berkaitan. Program-program ini mempunyai modul yang spesifik dan memberi nilai tambah yang tinggi kepada graduan.

B.        Sandaran di Indusri

1.      Apprenticeship Programme 

Program yang  melibatkan graduan Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang bakal dan baru menamatkan pengajian. Program ini memberi penekanan kepada latihan yang menjurus kepada peningkatan kemampuan graduan untuk merebut peluang pekerjaan di high end industries. Mereka yang mengikuti program ini akan diberi latihan selama 2 hingga 6 bulan bergantung kepada jenis program yang disertai. Selepas tamat latihan, para peserta yang mengikuti program ini akan ditawarkan pekerjaan di syarikat-syarikat yang menyediakan latihan tersebut. 

2.      Bridging Gap Programme

Program ini adalah untuk menyediakan latihan bagi melengkapkan pengetahuan dan kemahiran graduan mengikut  keperluan majikan. Modul latihan yang disediakan adalah dinamik dan fleksibel mengikut keperluan majikan. Majikan yang terpilih adalah mereka yang mempunyai reputasi yang baik (Multi National Company, GLC, Public listed companies, SME yang dapat menjana ekonomi baru)  serta memerlukan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi. Di akhir program, graduan akan ditawarkan pekerjaan di syarikat-syarikat yang terpilih.

C.        Karnival Kerjaya (Career / Job  Fest)

Penganjuran karnival kerjaya dilihat sebagai salah satu aktiviti dalam usaha menangani isu-isu nasional berkaitan pasaran kerja untuk para graduan serta mempromosikan nilai keusahawanan di kalangan graduan. Karnival kerjaya  juga bertindak sebagai salah satu saluran bagi mengintegrasikan kerjasama di antara agensi kerajaan dan pelbagai sektor industri dalam menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi dan memenuhi piawaian bagi kumpulan sasaran iaitu graduan lepasan IPT.

D.        Finishing School

Program ini untuk memberi pendedahan dan persiapan awal kepada bakal graduan menguasai bahasa ketiga sebelum mereka memasuki alam pekerjaan sebenar. Antara kandungan program ini termasuklah personal grooming, English proficiency, soft skills, resume writing, interview skills dan sebagainya.

E.         Program Mobility Luar Negara / Industrial Enternship

Enternship atau Latihan Industri merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi untuk mengikuti latihan praktikal dalam industri yang terpilih di luar negara, dalam jangka masa yang ditetapkan. Pelajar mendapat pengalaman sandaran bekerja diindustri tersohor di Luar Negara. Pelajar dijamin pekerjaan setelah menamatkan program dan pelajar juga berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma & Ijazah di university luar Negara.

No comments:

Post a Comment